Terma dan Syarat

PENGGUNAAN LAMAN WEB

Laman web ini dimiliki oleh Alidz Elegant Sdn Bhd (1131443-T) beralamat Lot 2.9 Tingkat 1, Arked MARA Kulim Mall, Jalan Kelamg Lama, 09000 Kulim KEDAH Darul Aman, Malaysia. Penggunaan laman web ini tertakluk kepada terma dan syarat di bawah.

Kandungan laman web ini termasuk rekaan fashion, artikal, rekaan graphic, photography (hasil karya) adalah hak milik Anak Alidz yang dilesenkan oleh Alidz Elegant Sdn Bhd ‘Hak Cipta Terpelihara’.

Anda tidak dibenarkan meniru ‘copy‘, publish, pindah rekaan ‘transfer‘, menggunakan rekaan di sini sebagai asas rekaan anda, mengexplitasi utk nilai komersial, atau mengambil mana-mana bahagian daripada hasil karya, produk atau servis dari laman web ini untuk kegunaan komersial. Anda hanya dibenar menggunakan kandungan dlm laman ini utk kegunaan sendiri dan BUKAN komersial sahaja.

Anda juga tidak dibenarkan mengubahsuai mana-mana hasil karya, copyright, trade mark atau legal notis dari mana-mana bahagian laman web ini.

Anda dilarang sama sekali menyalahgunakan ‘misuse‘ apa-apa infomasi di sini atau menggunakan laman web ini utk tujuan hacking, password mining, atau yang berkaitan dengannya. Anda semestinya tidak boleh menggunakan infrasturuktur ini utk tujuan jenayah, menyebarkan virus atau corupted data, atau utk menghantar iklan yg tidak diundang atau lain-lain promosi (ini adalah spam).

Anda bersetuju yang anda tidak akan terlibat dengan mana-mana aktiviti yang membolehkan laman web ini dikenakan tindakan undang-undang. Anda juga tidak dibenarkan menggunakan laman web ini untuk tujuan menyalahi undang-undang atau seperti larangan yang tersebut di atas.

Kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Alidz Elegant Sdn Bhd.

 

TERMA dan SYARAT

Harga yang tertera di laman web ini adalah dalam matawang RM (Ringgit Malaysia).

Produk yang dijual oleh www.anakalidz.com.my BOLEH dipulangkan atau ditukarkan dalam masa 7 hari, tertakluk kepada syarat-syarat di bawah.

Tempahan HANYA SAH untuk 24 jam sahaja, jika bayaran tidak diterima dalam masa 24 jam tempahan akan dibatalkan dan produk tersebut akan diberikan kepada pelanggan yang lain.

Anak Alidz menggunakan PosLaju sebagai agen penghantaran. Penerimaan pos tertakluk kepada PosLaju, biasanya 1 hari dengan slogan “dijamin sampai esok”.

 

PEMULANGAN ‘RETURN’ atau PERTUKARAN

Produk yang hendak dihantar balik mestilah masih dalam keadaan baik (sempurna sifat). Tolong PASTIKAN produk dihantar dalam pembungkusan ‘packaging‘ yang asal. Produk yang dipulangkan TANPA pembungkusan asal tidak akan diterima.

Penghantaran balik hendaklah dibuat dalam masa 7 hari dari tarikh penghantaran ‘shipping‘. Jika barangan yang diterima rosak, pembeli hendaklah melapurkan kerosakan itu pada hari yang sama selepas menerima produk tersebut kepada kami (melalui email atau SMS). Kami sarankan pembeli meneliti produk yang diterima sebelum membuang pembungkusan asal.

Untuk tukaran saiz ianya tertakluk kepada stok, jika kehabisan stok kami akan pulangkan dengan wang.

Jaminan wang dipulangkan HANYA untuk harga produk sahaja, dimana kos penghantaran balik ‘return’ ditanggung oleh pembeli manakala bayaran pos utk penghantaran semula adalah PERCUMA.

Pembayaran tuntuntan wang akan dibuat secepat mungkin sebaik kami menerima produk yang dipulangkan.

 

HUBUNGI KAMI

Kami sangat mengambil berat perkara di atas, jika ada kemusykilan dan cadangan, sila hubungi kami di admin[at]anakalidz.com.my

*Note: Tukarkan [at] kepada @.