Siapa Kami

Logo Alidz Ent.Anak Alidz adalah jenama eksklusif syarikat Alidz Elegant Sdn Bhd (1131443-T) yang diperbadankan pada Feb 2015. Anak Alidz komited dalam membantu melahirkan generasi solihin dan solehah dengan memupuk budaya muslim bermula dari peringkat awal kanak-kanak sehingga remaja. Mereka juga akan merasa bangga untuk menutup aurat dan pada masa yang sama dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menempuh alam dewasa.

 

Jenama PERTAMA di Malaysia diiktiraf oleh Facebook for Business sebagai ‘ One of the BEST business‘, dalam segmen industri kecil dan sederhana (SME). Baca cerita kami di sini https://www.facebook.com/business/success/anak-alidz.

success story facebook

 

Anak Alidz adalah jenama yang memperkenalkan pakaian sopan yang menutup aurat ‘Jubah for Kids’ dengan tagline “Selangkah membina GENERASI Soleh dan Solehah“. Visi kami adalah menjadi jenama No 1 di Malaysia bagi pakaiaan kanak-kanak Islam ‘Jubah for Kids’, dengan moto “Kualiti dan Kepuasan Pelanggan adalah Keutamaan Kami“.

Jubah for kids Anak Alidz direka berasaskan batik dan songket yang sinonim dengan masyarakat melayu, ia juga direka bagi melahirkan rekaan jubah yang unik versi melayu. Jubah for kids ini direka dan dijahit oleh tailor tempatan (sesetengah bahagian jubah adalah jahitan tangan) 100% buatan Malaysia.

Kualitinya dijamin, tekstil yang dipilih adalah yang berkualiti tinggi & sesuai untuk dijadikan jubah, tidak mudah pudar, tahan lama dan jahitan dipantau oleh pihak syarikat, hanya yang terbaik akan diberikan kepada pelanggan kami.

 

Wawancara Anak Alidz bersama Majalah IK Isu 10

Cerita Anak Alidz di Majalah IK 10

Cerita anak alidz di Majalah IK isu 10.

Cerita Anak Alidz di Metro Ahad

Cerita-Anak-Alidz-Metro-Ahad

“Selangkah Membina GENERASI Soleh dan Solehah”