Rekaan Pertama Jubah Batik Anak Alidz

Jubah Batik pertama ini mengenengahkan penguunaan kain batik sarung dari Indonesia yang dipadankan dengan fabrik berwarna kelabu. Sebagai permulaan terdapat 2 rekaan eksklusif mengikut umur yang menggunakan fabrik yang sama. Untuk kanak-kanak berumur 9 tahun ke atas (hingga 12 tahun), jubah berkolar berserta lengan baju berbutang dihasilkan sesuai dengan umur mereka yang kebanyakannya sudah pandai bergaya dan tahu menguruskan diri.  Jubah berkolar ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang suka memasukkan tudung di dalam baju.  Colar batik ini akan lebih terserlah apabila tundung dimasukkan ke dalam jubah dan tampak lebih elegan. Selain daripada itu terdapat juga corak batik segitiga di bahagian bawah jubah ini, corak batik segitiga ini mengunjur dari sebelah kanan ke kiri dan kiri ke kanan, anda boleh lihat sendiri di Kedai Online Anak Alidz dengan klik butang tempah.

Rekaan jubah batik tengah

Untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah corak batik di tengah dan lengan baju bergetah di pilih.  Sesuai dengan umur mereka, kanak-kanak pada usia ini memerlukan pengawasan ibu bapa sepenuhnya dalam pengurusan diri. Oleh itu lengan baju bergetah dapat membantu terutama ketika kanak-kanak ini hendak makan atau ke tandas, hanya tarikkan sahaja ke atas, jubah juga tidak mudah kotor dengan rekaan lengan baju seperti ini.

Kedua-dua rekaan jubah ini dikemaskan dengan zip tersorok, zip digunakan untuk memudahkan ibu bapa memakaikan jubah ini kepada mereka tetapi zip ini tidak kelihatan pada pandangan kasar.

Rekaan jubah batik ini adalah sangat terhad, sila ke Kedai Online untuk memilih corak dan rekaan yang masih ada.  Untuk rekaan Jubah Batik Kelabu ini hanya saiz 12, 11, 10, 9, 8, 7, 6, dan 4 sahaja dijual buat masa ini. Dapatkan ukuran jubah untuk saiz-saiz ini di Butik Online Anak Alidz ==> Jubah For Kids

Nantikan rekaan kedua Jubah Anak Alidz – Jubah Batik Merah yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Produk Katalog Anak Alidz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *