Pengedar SAH Anak Alidz dicari!

Pengedar negeri (hanya 1 sahaja di setiap negeri), kawasan dam mobile diCari!

Ingin TAMBAH PENDAPATAN keluarga?

Anak Alidz membuka peluang kepada usahawan atau sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan tambahan.

JOM! sertai kami sebagai pengedar atau agen jualan.

Tempat adalah TERHAD!

Pengedar dicari 2016

TERMA DAN SYARAT PENGEDAR

Syarat menjadi pengedar Anak Alidz

1. Warganegara Malaysia berumur 18 thn keatas.
2. Membuat belian minima 12 helai Produk Anak Alidz. Jenis dan saiz jubah boleh dicampur untuk memdapatkan kuantiti minima.
– Belian ini HANYA sekali sahaja sebagai syarat untuk layak menjadi pengedar kami. Untuk belian kedua, ketiga dan seterusnya TIDAK lagi terikat kepada kuantiti minima.
– Harga borong akan dikira mengikut pakej yang dipilih.
Contoh: Jika memilih pakej 12 helai, untuk belian kedua, 2 helai pun kami akan beri 20%, tapi jika buat belian 60 helai kami akan berikan potongan 40%.
3. Stok boleh ditukar untuk memastikan pengedar sentiasa dibekalkan dengan rekaan terkini (latest design).
– Syarat pertukaran stok mestilah 2 bulan selepas belian atau dengan mana-mana belian minima (12 dan keatas) berikutnya.
– Untuk pertukaran awal (sebelum 2 bulan) bayaran perkidmatan 5% daripada jumlah pertukaran akan dikenakan.
4. Senarai pengedar SAH kami akan dipaparkan didalam setiap kempen promosi Anak Alidz seperti di Akhbar, Majalah, FB page dan lain-lain.
5. Untuk kekal sebagai pengedar SAH kami, pengedar perlu membuat jualan minima 5 helai Produk Anak Alidz setiap bulan. Hak pengedaran akan dilucutkan jika jualan minima tidak dicapai.
6. Untuk mendapat status pengedar negeri (hanya 1 sahaja setiap negeri), pengedar perlu membuat jualan minima 36 helai Produk Anak Alidz untuk 3 bulan berturut-turut.
– Pengedar negeri akan diberi ruang untuk mempromosikan kedai/butik mereka secara percuma di Majalah (1/2 page color) atau mana-mana media cetak yang dirasakan sesuai.
– Juga akan dibekalkan flyer, banner, banting dan lain-lain alat pemasaran secara percuma.
7. Untuk melindungi hak pengedar Anak Alidz, semua pengedar TIDAK dibenarkan menurunkan harga kurang dari 25% harga pasaran.
– Contoh: Harga pasaran RM108. Harga paling rendah adalah RM81.
– Dapatkan kebenaran daripada pihak kami jika ingin membuat jualan kurang dari 25% harga pasaran.
– Jika didapati mana-mana pengedar menjual dgn harga kurang 25% dari harga pasaran TANPA kebenaran, hak pengedaran akan dilucutkan.
– Harga maksima TIADA had.
8. Harga borong tidak termasuk kos penghantaran. Harga pos (bergantung kepada kuantiti) akan ditambah di dlm invoice setelah persetujuan akhir dicapai.

Berminat?

PM kami di Facebook Nama dan Kawasan Pilihan

Atau WhatsApp ke 012 464 8694

https://www.facebook.com/JubahForKids

 

CARA MEMBUAT BELIAN BORONG

1. Pilih jubah yang berkenan di butik online kami di sini
http://anakalidz.com.my/koleksi-produk
kemudian hantarkan email dengan maklumat di bawah:

Kod Jubah:
Saiz:
Qty:
Nama:
Alamat:
Email:
Tel No:

2. Pihak Anak Alidz akan ‘confirm’kan stok dan keluarkan invoice bersama kos penghantaran.
3. Buat bayaran ke akaun M2U atau CIMB Click, dan hantar/SMS bukti pembayaran.
– Maklumat akaun akan diberikan bersama invoice.
4. Penghantaran HANYA akan dibuat setelah bayaran penuh diterima.
5. Tempahan akan dibatalkan, jika tiada maklumbalas selepas 48 jam invoice dikeluarkan.

 

Harga borong pengedar:
12 helai potongan 20% anggaran harga *RM750
36 helai potongan 30% anggaran harga *RM2000
50 helai potongan 40% anggaran harga *RM3000

*Harga bergantung kepada saiz yang dipilih, harga anggaran di atas berdasarkan harga saiz paling kecil.

Harga borong bukan pengedar:
50 helai potongan 30%
100 helai potongan 40%

ANGGARAN KOS PENGHANTARAN (SkyNet)

Semenanjung Malaysia
Anggaran pos RM1 sehelai

Sabah Sarawak
Anggaran pos RM1.50 sehelai

 

Sebarang pertanyaan hubungi WhatsApp 012 464 8694
atau email ke admin[at]anakalidz.com.my
atau live chat di https://www.facebook.com/JubahForKids

*Gantikan [at] kepada @

44 Comments

  1. nurul says:

    salam..ada wat dropshipping x?

    • admin says:

      Buat masa ni dropshipping ditangguhkan buat sementara… nak adjust package dan sistem supaya lebih memudahkan dan menguntungkan…
      Kami akan maklumkan melalui email apabila ianya dibuka semula nanti. Terima kasih.

      • shahidan says:

        السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
        Jika dropship dibuka semula tolong maklumkan kpd sy melalui email ini ye. Shahidansufian@gmail.com . TQ.

        • admin says:

          Waalaikumussalam
          Pendaftaran agen dropship masih dibuka.
          Jemput masuk ke butik online kami di anakalidz.com.my untuk semak terma dan syarat agen dropship atau klik di sini

          http://anakalidz.com.my/affiliate-sign-up

          Terima kasih

  2. zul says:

    Saya tiada kedai tp nk jd pengedar boleh ke? di terengganu.

    • admin says:

      Chk email… kami dah jawab melalui email.

  3. mazlinah mohd dun says:

    Saya berminat untuk jadi pengedar macam mana untuk buat pembelian

    • admin says:

      Cara buat belian borong:
      1. Pilih jubah di produk katalog di sini http://anakalidz.com.my/koleksi-produk
      Kemudian hantar email ke shahzham[at]gmail.com dengan maklumat di bawah:-

      Kod produk:
      Saiz:
      Qty:
      Nama:
      Alamat:
      No Tel:

      2. Nanti kami akan confirm kan stok, dan keluarkan invoice.
      3. Buat bayaran dan penghantaran akan dibuat setelah menerima bayaran

      Sebarang kemuskilan boleh hubungi no di atas.

  4. nor Azlin says:

    saya dari kelantan berminat jadi pengedar..camna nak buat pembelian?

    • admin says:

      Kelantan belum ada wakil lagi. Panduan cara belian borong ada di atas.
      Hantarkan kod jubah piliahn kepada kami melalui email atau pm facebook.

  5. zulkifli says:

    salam, berminat untuk jadi pengedar. tp blm ada kedai. saya bercdang nk jual online ja. kawasan saya di alor setar. dah ada ka pengedar kat alor setar? tq
    blh bg fback kat saya mll hp 0195105055.

    • admin says:

      W’salam check SMS. Kami dah respond melalui SMS. tq

  6. tun zairul says:

    AsSalaam…saya dr ipoh…yg RM750 tu utk byrn apa ye?..byrn utk marktg tools ke utk pakaian

    • admin says:

      Waalaikumusalam.
      Rm750 Itu adalah purata nilai barang yang dipilih, so modal permulaan ini boleh jadi kurang dari 750 atau lebih bergantung kepada saiz jubah yang akan ditempah nanti. Buat masa ini Kami tidak mengenakan apa charge / fee untuk menjadi wakil pengedar kami.
      Terima kasih.

  7. sitti says:

    saya dari tawau sabah..saya berminat nak jadi pengedar tapi sebelum tu saya nak tahu d sabah nie dah adakah yang jadi pengedar

    • admin says:

      Maaf lambat reply, agak produktif sejak kebelakangan ini.
      Check email kami dah jawab melalui email
      Terima kasih.

  8. qistfea says:

    tahniah….
    Saya berminat utk menceburi n menyertainya…
    Area nilai/semenyih…
    Tanpa kedai atau stall…
    Ape cdngn…
    Bule jd wakil negeri…
    N9
    How

    Tq

    • admin says:

      Wakil negeri akan dilantik oleh pihak syarikat setelah melihat prestasi pengedar kawasan di negeri yang sama.
      Pengedar negeri hanya akan diberikan selepas 3 bulan menjadi pengedar kawasan dan memenuhi syarat-syarat di atas.
      Jika ada 2 atau lebih pengedar yang memenuhi syarat, pengedar negeri akan dilantik berdasarkan jumlah jualan tertinggi.

      Harap maklumat ini dapat membantu.

      Terima kasih

  9. mrbisnes says:

    saya berminat nak jadi agen di klang.tiada buti dan kedai.lebih kepada pasaran online.boleh?

    • admin says:

      Boleh takde masalah, berniaga online juga boleh menjadi pengedar kami.

  10. sharifah najibah bt sy.ab.rahman says:

    Berminat..boleh bg detail..TQ

    • admin says:

      Kami dah reply memalui email.
      Sila semak email.
      Terima kasih

  11. zuraidah abas says:

    Bagaimana caranya jika sy ingin menjadi pengedar tetapi tidak memiliki kedai? Bolehkah sy menjual secara online juga?

    • admin says:

      Takde masalah nak jual online juga boleh.
      Kami dah reply melalui email.

  12. Ija says:

    putrajaya dah ada wakil ker belum?

    • admin says:

      Sila semak email, kami dah reply melalui email.

      Terima kasih

  13. siti salwa says:

    Hai, sya berminat jadi pengedar area alor setar. Bleh bg detail. Sya mungkin akan buka kedai tp dlm proses cari supplier lg utk brg2 lain.

    • admin says:

      Menarik… kami dah reply melalui FB private message.
      Check PM
      Terima kasih

  14. che siti fatimah says:

    Saya berminat menjadi pengedar. Area desa pandan. Tq

    • admin says:

      Kami dah reply melalui email.
      Minta check email
      Terima kasih

  15. zura says:

    Assalaamualaikum..
    sptnya sy bermint utk mnjd pngedar tp nk jual online..mcmn ye?tq

    • admin says:

      Nak jual online takde masalah.
      Semak email, kami dah reply melalui email.

  16. norizan binti kadir says:

    Assalamualaikum…mohon bantuan, saya berminat untuk menjadi pengedar…tkasih

    • admin says:

      Terima kasih kerana berminat menjadi pengedar kami.

      Agak-agak kawasan mana menjadi pilihan?dan
      Boleh kami tahu bagaimana cara untuk pasarkan produk kami?
      Ada kedai atau butik?

      Boleh berikan email add atau PM kami untuk berhubung?

  17. siti khadijah says:

    Assalammualaikum…Saya berminat untuk menjadi pengedar.Kawasan saya di selangor. Saya membuat perniagaan secara online sahaja.

    • admin says:

      Waalaikumussalam
      Check email kami dah reply melalui email

      Terima kasih

  18. ayem says:

    saya x ade kedai nak jadi pengedar di perak bleh ke

    • admin says:

      Takde kedai pun boleh jadi pengedar kami, tujuan nak tahu supaya mudah nak bantu buat promosi nanti.
      Check email, kami dah reply melalui email.

      Terima kasih

  19. Nadia says:

    Assalamualaikum,

    Kalau nak jadi pengedar secara online, adakah gambar produk untuk tujuan promosi akan diberikan?

    Terima kasih.

    • admin says:

      Waalaikumussalam
      Gambar produk boleh copy dari produk katalog kami.
      Tak boleh nak attached dalam email, sebab saiz agak besar.
      Kami ada banyak gambar produk.

      Syaratnya
      Gambar-gambar yang diambil hanya untuk tujuan promosi sahaja.
      TIDAK dibenarkan untuk tujuan selain promosi produk Anak Alidz.

      Terima kasih

  20. Badrul says:

    As Salam …saya berminat nak jadi pengedar,setakat ni belum ada kedai lagi tapi sedang dlm perancangan mencari lokasi yg sesuai…saya tinggal di kawasan lembah pantai..( bangsar south) ingin mulakan perniagaan menerusi online dulu sebelum mendapat lokasi kedai yg sesuai…

    • admin says:

      Waalaikumussalam
      Terima kasih kerana berminat menjadi pengedar kami.
      Tiada kedai juga boleh jadi pengedar kami, tujuan nak tahu supaya mudah nak bantu buat promosi nanti.
      Sila semak email, kami juga ada reply melalui email maklumat lanjut.

      Terima kasih

  21. Haibatul Shahmi says:

    Salam..
    Sy berminat..area klang..so mcm mn next step…tq

    • admin says:

      W’Salam
      Terima kasih kerana berminat nak jadi pengedar kami.
      Minta check email, kami dah reply melalui email untuk tindakan selanjutnya.

      Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *