Menang iPad Mini

Lengkapkan borang pendaftaran Menang iPad mini dibawah.

Dilanjutkan sehingga

28 Dec 2014

Banting_smsMenang

 

 






Borang Daftar Menang iPad mini

Terma dan Syarat Peraduan

  1. Peraduan SMS ini adalah terbuka kepada semua penduduk Malaysia. Tempoh peraduan adalah dari 20 Nov 2014 hingga 18 Dec 2014¬†dilanjutkan sehingga 28 Dec 2014. Alidz Enterprise (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan akan dibatalkan secara automatik.
  2. Untuk menyertai Peraduan ini:
    a. Para Peserta adalah dikehendaki untuk memasukkan katakunci (taip) bagi pendaftaran peraduan.
    b. Para Peserta dikehendaki untuk taip SMS [Alidz iPod <Nama> <No KP>] dan hantar ke 013 242 2626.
    c. Satu No Telefon untuk 1 penyertaan.
    d. SMS yang dihantar oleh Peserta adalah tertakluk kepada kadar biasa SMS yang dikenakan oleh Pemberi Perkhidmatan Telekomunikasi yang dilanggani oleh Peserta.
    e. Para peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.
  3. Untuk layak upgrade hadiah iPad Mini:
    a. Para peserta dikehendaki mendaftar nama dan email di www.anakalidz.com, dan kemudian ikuti arahan seterusnya melalui email untuk prosess pengesahan alamat eMail.
    b. Para peserta perlu mendaftar kedua-dua media SMS dan eMail untuk layak memenangi upgrade hadiah (iPad Mini).
    c. Satu No Telefon, satu eMail untuk 1 penyertaan.
  4. Peraduan dibahagikan kepada 2 peringkat.
    a. Peserta yang mendaftar SMS sahaja akan menenangi iPod Shuffle bernilai RM169.
    b. Peserta yang mendaftar kedua-dua media SMS dan eMail akan memenangi iPad Mini bernilai RM799.
    c. Peserta yang mendaftar eMail sahaja tidak akan menerima apa-apa hadiah.
  5. Pemilihan para pemenang adalah mengikut budi bicara penganjur.
  6. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan apa-apa rayuan tidak akan dilayan.
  7. Pemenang akan dimaklumkan melalui SMS dan eMail. Pihak penganjur berhak memilih peserta seterusnya jika pemenang tidak dapat dihubungi.
  8. Para Peserta yang didapati tidak mematuhi peraturan ini pada bila-bila masa adalah berisiko untuk hilang kelayakan bertanding, dihalang penyertaan atau kehilangan hadiah.
  9. Mana-mana Peserta yang didapati menipu atau cuba untuk menipu adalah berisiko untuk hilang kelayakan bertanding, dihalang penyertaan atau kehilangan hadiah. Penipuan dalam konteks di sini ditakrifkan sebagai apa-apa usaha yang dibuat, secara sedar atau tidak sengaja, untuk keluar daripada standard dan teknik yang digunakan dalam apa-apa peraduan SMS. Tiada notis hilang kelayakan bertanding atau halangan penyertaan akan diberikan kepada sesiapa yang telah didapati menipu atau cuba untuk menipu.
  10. Semua hadiah yang ditawarkan kepada para Pemenang Peraduan ini tidak boleh dipindahmilik atau ditukar dengan wang tunai atau di serahhak kepada mana-mana pihak ketiga. Sekiranya hadiah-hadiah tidak dapat disediakan, penganjur berhak untuk menggantikan hadiah-hadiah tersebut dengan hadiah lain yang sama nilainya. Dalam apa-apa keadaan pun, penganjur berhak untuk menukar hadiah-hadiah yang ditawarkan pada bila-bila masa di sepanjang Tempoh Peraduan sekiranya perlu.
  11. Dengan penyertaan peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak penganjur berhak menyiarkan, mengunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap perserta tiada hak untuk membuat tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak penganjur.
  12. Mana-mana orang di bawah 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran Ibubapa atau Penjaga sebelum menyertai Peraduan ini. Tiada satu pun daripada pihak-pihak yang dinyatakan sebelum ini akan bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan pihak ketiga atau kerugian dalam apa-apa keadaan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, kerugian keuntungan, ganti-rugi punitif, tidak langsung, khas, tanpa sengaja atau berbangkit atau apa-apa ganti-rugi lain. Tiada satu pun daripada pihak-pihak yang dinyatakan sebelum ini akan bertanggungan atau dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kegagalan sistem, pelayan atau sambungan, gangguan dan kelewatan atau virus komputer, dan apa-apa tuntutan berkaitan dalam apa jua bentuk dan keadaan termasuklah secara langsung, tidak langsung, pihak ketiga, berbangkit atau apa-apa ganti-rugi lain. Dengan menyertai Peraduan ini, melalui pendaftaran No. K/P dan nama, Peserta adalah dianggap telah membaca dan bersetuju kepada semua terma dan syarat di sini dan semua keputusan yang dibuat oleh Alidz Enterprise.

 

CoverPromo

One Comment

  1. Rasyla Ahmad Eila says:

    Koleksi jubah yg cantik menetapi citarasa generasi moden dn terkini. Sesuai dengan suasana sebarang majlis keraian di malaysia, sentiasa menjadi pilihan saya sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *