Anak Alidz di MICF Shah Alam Convention Center 22-24 Nov 2013

Diskaun sehingga 70% khas untuk pengunjung MICF!

 flyer-MICF01

MICF atau Malaysia Islamic Childeren’s Fair adalah platform untuk ibu bapa dan pendidik berkongsi kaedah dan memilih cara yang paling berkesan dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam pembelajaran anak-anak muslim.
Matlamat MICF adalah untuk melahirkan Khalifah (pemimpin dunia) yang berkualiti di masa hadapan dengan tema ‘Transforming today’s children into world leader‘.
Ia akan diadakan di SACC Shah Alam Convention Center pada 22-24 Nov 2013 dari jam 9:00 pagi hingga 9:00 malam.

Anak Alidz juga akan turut serta dalam menjayakan MICF ini, pakaian adalah antara didikan asas dalam pembentukan akhlak anak-anak. Dengan membiasakan mereka memakai pakaian sopan dan menutup aurat sejak kecil lagi akan membuatkan mereka terbiasa dan selesa dengan pakaian ini. Apabila sampai akil baligh mereka tidak akan merasa kekok untuk berpakaian berlandaskan syariat Islam.

“Anak adalah amanat bagi orang tuanya. Hati yang suci merupakan permata yang tidak ternilai harganya, masih murni dan belum terbentuk. Jika dibiasakan dengan kebaikan, maka membesarlah dia dengan kebaikan dan menjadi orang yang bahagia dunia akhirat. Pahalanya turut sama dinikmati ibu bapa serta gurunya. Jika dia diabaikan seperti layaknya haiwan, maka menderita dan rosaklah ia. Dosanya juga berada di bahu mereka yang bertanggungjawab mengurusnya.” – Imam Al Ghazali

Kami berbesar hati untuk memberikan kupon potongan 25% kepada semua bakal pengunjung MICF. Untuk dapatkan kupon ini sila

SMS Alidz<>MICF<>Nama dan hantar ke 013 2422626
contoh: Alidz MICF Shahrul.

Kupon-MICF

Kod kupon akan diberikan melalui SMS, tunjukkan kod SMS yang diterima semasa berada di booth kami #76 untuk tebus kupon. Kupon ini HANYA sah untuk belian 2 helai dan keatas.

Terma dan syarat kupon

1. Kod Kupon ini sah untuk SEMUA produk Anak Alidz yang tidak terikat dengan mana-mana promosi.
2. Hanya sah untuk belian 2 helai keatas.
3. Kupon ini hanya sah di MICF Shah Alam Convention Center 22-24 Nov 2013.
4. Sah untuk sekali tebus, kuantiti tiada had.
5. Tidak SAH dengan promosi yang lain (boleh pilih untuk tebus kupon ini atau kekal dengan promosi sedia ada).
6. Hanya SAH dengan belian di booth kami #76 sahaja.

‘Selangkah membina GENERASI Soleh & Solehah’

Jumpa di sana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *