Jubah For Babies Anak Alidz

Pandangan belakang jubah for baiesJubah For Babies ini adalah pelengkap kepada pilihan saiz jubah yang dijanjikan. Saiz bagi jubah untuk bayi adalah dari yang baru lahir (newborn), 3 – 6 bulan dan 6 – 12 bulan. Rekaan untuk ini juga agak berbeza dengan Jubah For Kids. Ianya sesuai dengan sifat bayi itu sendiri, dimana mereka tidak boleh berjalan lagi dan lebih banyak berbaring. Oleh itu zip di belakang baju di rasakan tidak sesuai untuk mereka. Rekaan Jubah For Babies Anak Alidz sebaliknya mengunakan butang ketip pada leher jubah. Terdapat 2 butang yang diletakkan kiri dan kanan bahu baju. Ianya seperti kain sarung apabila kedua-dua butang ini dibuka. Mudah untuk ibu bapa memakaikan jubah ini kepada anak-anak mereka. Lain-lain ciri seperti lengan bergetah masih kekal.

Jubah Batik Hijau ini juga terdapat untuk kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 8 tahun. Ciri-ciri jubah batik hijau untuk kanak-kanak ini sama seperti jubah sebelum ini, lengan bergetah dan memiliki zip tersorak di belakang jubah. Bezanya tiada corak batik di leher baju, corek batik di leher hanya eksklusif untuk jubah for babies.

Rekaan Jubah Batik Hijau ini menggunakan fabrik Polyester yang tidak jarang dan mempunyai texture berbelang, dipadankan dengan corak batik tekap cotton yang bermutu tinggi.  Corak batik ini dijahit diatas fabrik Polyester, oleh itu pelanggan tak perlu risau mengenai 2 jenis kain yang disambung. Corak batik seolah-olah ditampal pada jubah.

Seperti biasa rekaan Jubah Anak Alidz sangat eksklusif, ia tidak dipotong atau dijahit di kilang. Ianya buatan tailor tukang jahit tempatan dan kuantiti sangat terhad. Sila ke Produk Katalog untuk melihat ukuran dan harga (harga berbeza mengikut saiz). Klik button Produk Katalog di bawah sebelah kanan untuk semak harga, ukuran dan stok.

Klik DISINI

Produk Katalog Anak Alidz

14 Comments

  1. hamzoo says:

    saya tak dapat nak order jubah newborn..camana nak order.

    • admin says:

      Sila check email utk maklumat lanjut mcm mana nak dptkan jubah utk baby ini.

  2. Tajuddin says:

    saya mahukan jubah ni, macam mana ya?

    • admin says:

      Check email… kami dah jawab melalui email.

  3. manan says:

    saya nak jubah untuk newborn

    • admin says:

      Check email… kami dah jawab melalui email.

  4. nailah says:

    ada lg x utk newborn? kaler lain ada x? harga brp ya utk newborn?

    • admin says:

      Jubah new born dah tak banyak siapa cepat dia dpt. Kami dlm process utk menambah koleksi jubah newborn.
      Check email… kami dah jawab melalui email.

  5. wanie says:

    ada lagi tak jubah newborn for baby boy?

    • admin says:

      Salam
      Check email kami dah jawab melalui email.

  6. salmah says:

    ada lagi x jubah newborn….i kalo boleh nk kaler maroon

    • admin says:

      Maaf new born color Maroon dah habis. Yang ada color oren sahaja.
      Terima kasih

  7. fariza mardina isa says:

    salam
    jubah untu bayi lelaki ada tak?

    • admin says:

      W’Salam
      Jubah untuk bayi lelaki kami belum ada lagi.
      InsyaAllah tahun depan kami akan keluarkan jubah untuk bayi lelaki.

      Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>